Site icon TechNave BM

CEO HUAWEI mengaku peminat Apple

Pengasas dan ketua eksekutif HUAWEI Technologies, Ren Zhengfei menegaskan bahawa beliau adalah peminat Apple walaupun persaingan sengit mereka yang telah disenaraihitam oleh Amerika Syarikat (AS).

Ren berkata beliau menentang “xenophobia” terhadap mana-mana jenama asing dan melihat Apple sebagai guru yang berharga di mana usahawan teknologi China berusia 78 tahun itu memberitahu pelajar universiti dan ahli akademik yang mengambil bahagian dalam Peraduan Pengaturcaraan Kolej Antarabangsa tajaan HUAWEI yang diadakan bulan lepas.

Ren mengatakan bahawa HUAWEI sering meneroka mengapa produk Apple begitu baik dan mereka juga dapat melihat jurang antara HUAWEI dan Apple. Tambahnya, beliau sangat gembira mempunyai guru yang memberi peluang untuk belajar dan membandingkan prestasinya.

Dalam erti kata itu, tidaklah keterlaluan untuk memanggil beliau peminat Apple. Ren menunjukkan bahawa anak perempuannya menggunakan produk Apple semasa dia belajar di Universiti Harvard, AS dari 2016 hingga 2020. Pada awal tahun, Ren berkata bahawa HUAWEI harus belajar daripada Apple daripada segi strategi harga supaya pesaing akan dapat bertahan.

Komen terbaharu Ren yang diterbitkan mencerminkan fokus dalaman yang beliau mahu HUAWEI teruskan iaitu mengekalkan peneraju teknologi syarikat dalam bidang tertentu dan menumpukan pada pembangunan bakat dalaman.

Beritahu kami di Facebook pendapat berita ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: SCMP

Exit mobile version