Site icon TechNave BM

CEO Intel mengatakan kekangan semikonduktor mungkin akan berlarutan sehingga 2024

Sejak beberapa tahun lalu, industri teknologi mengalami masalah kekurangan bekalan semikonduktor dan telah menjejaskan penghasilan pelbagai jenis produk elektronik di seluruh dunia. Pakar industri menjangkakan masalah ini akan selesai pada tahun ini, namun CEO Intel Pat Gelsinger mengatakan ia mungkin lebih lama daripada yang dijangkakan.

Dalam sebuah temu ramah dengan CNBC, Gelsinger mengatakan bahawa masalah kekurangan kini telah melarat ke pengilangan peralatan (equipment manufacturing). Ini akan menyukarkan syarikat teknologi untuk mendapatkan alat pengilangan dan tidak boleh menghasilkan jumlah produk yang padan dengan tahap permintaan.

Berikutan masalah tersebut, kekurangan semikonduktor mungkin akan berlarutan sehingga 2024. Ini adalah kenyataan terbaru daripada Gelsinger, selepas menyatakan pada enam bulan lalu bahawa masalah kekurangan semikonduktor akan berlarutan sehingga 2023.

Masalah kekurangan semikonduktor ini bermula sejak wabak COVID-19 yang telah meningkatkan permintaan untuk peranti elektronik, namun syarikat teknologi tidak mampu menghasilkan produk yang cukup bagi memenuhi permintaan tersebut.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: CNBC

Exit mobile version