Site icon TechNave BM

CEO OnePlus muat naik gambar OnePlus 8T sebelum pelancaran pada 14 Oktober

CEO OnePlus Pete Lau telah memuat naik gambar rasmi telefon pintar OnePlus 8T ke dalam forum rasmi OnePlus. Telefon tersebut dijadualkan untuk dilancar pada 14 Oktober, namun Pete telah pun memuat naik gambar telefon itu yang mempunyai warna hijau Aquamarine Green.

Beliau turut mengetengahkan bahawa syarikat itu telah berusaha selama empat bulan untuk mendapatkan sudahan (finishing) berkilauan yang terdapat pada OnePlus 8T. OnePlus menguji ratusan lapisan filem untuk permukaan belakang yang terdiri daripada tujuh lapisan, dan produk terakhir menunjukkan sudah berkualiti tinggi yang sinonim dengan mutu OnePlus.

Dalam pada itu, penghebah maklumat awal Ishan Agarwal pula memuat naik gambar dua warna untuk OnePlus 8T, iaitu perak Lunar Silver dan hijau Aquamarine Green.

Setakat ini, OnePlus 8T disahkan akan dilengkapi skrin 120Hz, pengecasan pantas 65W dan kamera swafoto ultra-lebar. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: OnePlus Forum

Exit mobile version