Site icon TechNave BM

CEO OnePlus: OnePlus usaha sebaik mungkin untuk tambah baik prestasi kamera telefon andalannya

Sejak beberapa tahun yang akhir ini, OnePlus dilihat cuba untuk berubah perlahan-lahan dari telefon ‘flagship killer’ ke telefon andalan. Namun, telefon andalan mereka masih lagi kekurangan ciri premium yang ada pada telefon andalan lain.

Telefon andalan OnePlus sering kali mendapat kritikan dari pengguna terutamanya kerana prestasi kameranya yang tidak setanding telefon andalan jenama lain. Berita baik, masalah ini mungkin akan berakhir tidak lama lagi.

Baru-baru ini, CEO OnePlus, Pete Lau menyatakan bahawa syarikat mereka sedang melakukan perubahan yang besar pada kameranya dan beliau juga memberitahu bahawa OnePlus akan menjadi antara yang terbaik dalam segmen ini.

Sebelum ini, OnePlus juga dikhabarkan sedang bekerjasama dengan Leica untuk menghasilkan kamera telefon andalan yang lebih berkualiti.

OnePlus dijangka akan melancarkan siri telefon andalan mereka, siri OnePlus 9 tidak lama lagi pada bulan Mac ini. Kali ini, mereka juga dikatakan akan meletakkan ciri premium seperti pengecasan wayarles dan pengecasan wayarles berbalik pada siri telefon OnePlus 9.

Adakah anda peminat telefon andalan OnePlus? Komen pendapat anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : Gizmochina

Exit mobile version