Site icon TechNave BM

CEO OnePlus sahkan jam tangan pintar OnePlus Watch akan dilancar awal 2021

Peminat OnePlus telah lama menunggu untuk seutas jam tangan pintar daripada jenama tersebut sejak ia diperkatakan pada 2016, kini OnePlus akhirnya sudah pun mengesahkan pelancaran peranti tersebut yang akan hadir pada awal 2021. CEO OnePlus, Pete Lau, telah menulis di Twitter bahawa OnePlus Watch akan dilancarkan pada awal tahun 2021.

Beliau tidak memberikan tarikh spesifik, namun ia mungkin akan dilancarkan dalam acara Pameran Elektronik Pengguna (CES) yang dianjurkan pada 11 hingga 14 Januari 2021. OnePlus Watch mungkin akan diumumkan bersama siri telefon pintar OnePlus 9 dan Concept 8T.

OnePlus Watch akan dilengkapi sistem operasi Google Wear OS. Jika rekaan yang diacah pada 2016 itu dikekalkan, jam tangan ini akan mempunyai muka jam berbentuk bulat.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan OnePlus Watch dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version