Site icon TechNave BM

CEO OnePlus sahkan ketiadaan OnePlus 8T Pro pada tahun ini

Telefon pintar flagship OnePlus 8T 5G akan dilancarkan pada 14 Oktober namun masih tidak pasti jika varian 8T Pro akan turut dilancarkan. Sebelum ini siri OnePlus T sering dilancarkan bersama varian T Pro namun tahun ini ia akan dilakukan secara berlainan.

Menurut CEO OnePlus Liu Zuohu, OnePlus 8T Pro tidak akan dilancarkan pada tarikh tersebut. Dalam sebuah tulisan di laman media sosial Weibo, pelanggan yang berminat untuk dapatkan varian Pro boleh membeli OnePlus 8 Pro yang telah dilancarkan awal tahun ini.

OnePlus 8 Pro masih adalah sebuah telefon flagship yang dilengkapi spesifikasi canggih buat masa ini termasuk cipset Snapdragon 865, RAM 12GB, storan 256GB dan dijual pada harga yang lebih murah berbanding flagship lain.

Setakat ini, OnePlus 8T 5G yang akan dilancar minggu depan sudah disahkan mempunyai skrin 120Hz, pengecasan pantas 65W Warp Charge, port USB Type-C dan dwi-bateri. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: CNMO

Exit mobile version