Site icon TechNave BM

CEO OnePlus terangkan butiran skrin 120Hz dalam OnePlus 8T

Pelancaran OnePlus 8T pada 14 Oktober telah pun disahkan oleh OnePlus dan pelbagai maklumat awal tentang spesifikasi telefon tersebut sudah pun tersebar dalam internet. Kini terdapat satu maklumat rasmi tentang OnePlus 8T; CEO OnePlus Pete Lau telah mengesahkan kehadiran skrin 120Hz dalam telefon itu.

Dalam sebuah temuramah bersama Tech Radar, Pete mengesahkan bahawa skrin OnePlus 8T mempunyai kadar segar semula 120Hz dengan ukuran 6.55 inci, iaitu sama dengan saiz OnePlus 8. Skrinnya turut mempunyai nisbah skrin-ke-badan sebanyak 91.9%, iaitu lebih tinggi daripada 8 Pro (90.8%), 8 (88.7%) dan Nord (86.7%) jadi kita boleh jangkakan sempadan bezel yang sangat nipis.

Skrin OnePlus 8T turut mempunyai lengkungan 2.5D di bahagian sisi, keterangan maksimum sehingga 1100 nits, rating A+ daripada DisplayMate Technologies dan markah Just Noticeable Color Difference (JNCD) sebanyak 0.3 yang bermakna skrin 8T boleh memberi imej yang amat serupa dengan dunia sebenar.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon pintar OnePlus 8T dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: TechRadar

Exit mobile version