Site icon TechNave BM

CEO realme bentangkan butiran kemas kini realme C2 dan produk baru

Dalam sebuah sesi soal jawab dalam YouTube, CEO realme Madhav Sheth mengumumkan bahawa telefon pintar kelas permulaan realme C2 akan mendapat kemas kini realme UI berdasarkan Android 10 pada September ini. Selain memberi fungsi Android 10, kemas kini tersebut juga akan membawa rekaan antara muka (UI) baru dan pelbagai fungsi khas.

Selain itu, beliau mengatakan realme Band akan mula menerima fungsi kawalan muzik melalui kemas kini OTA (over-the-air). realme juga sedang bekerja untuk memperkenalkan muka jam baru buat peranti boleh pakai tersebut, serta sistem pengurusan pemberitahuan (notification) yang lebih terurus.

Madhav turut mengumumkan bahawa realme akan melancarkan sebuah televisyen flagship berukuran 55 inci dan pengecas wayarles di India pada bulan ini.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version