Site icon TechNave BM

CEO realme dedahkan hampir kesemua spesifikasi penting realme 8! Skrin AMOLED, cas 50W

Baru-baru ini, realme telah mengesahkan bahawa ia bakal melancarkan siri realme 8 buat pertama kali di pasaran India pada 24 Mac 2021 (butiran pelancaran di artikel lepas). Terkini, CEO realme Madhav Sheth sendiri telah mengongsikan beberapa acahan spesifikasi siri realme 8.

Menurut siaran beliau di laman Twitter, siri realme 8 adalah peranti pertama yang bakal hadir dengan sistem operasi realmeUI 2.0. Namun, beliau mungkin bermaksud ianya adalah peranti realmeUI 2.0 pertama di India sahaja memandangkan realme GT yang dilancar di China sudah menggunakan sistem operasi tersebut.

Selain itu, siri realme 8 juga bakal dilengkapi sensor 108MP dengan ciri Starry Mode, skrin Super AMOLED dan sokongan pengecasan pantas SuperDart 50W (versi Pro sahaja). Versi standard akan memiliki bateri 5000mAh dengan pengecasan pantas 30W sahaja. Terdahulu, beberapa spesifikasi realme 8 versi standard juga telah didedahkan.

Adakah anda sedang menantikan peranti ini? Kongsikan bersama kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Madhav Sheth

Exit mobile version