Site icon TechNave BM

CEO realme mengacah komputer riba pertama, mungkin dilancar dalam masa terdekat

CEO realme India dan Eropah Madhav Sheth hari ini telah mengacah sebuah komputer riba pertama daripada jenama tersebut melalui sebuah gambar yang dimuat naik ke dalam Twitter.

Berdasarkan gambar yang dikongsi, komputer riba itu bakal mempunyai bentuk yang nipis dan berwarna perak, mempunyai ciri-ciri luaran yang serupa dengan Apple MacBook Air.

Sebelum ini, realme telah memberikan petanda bahawa mereka akan melancarkan komputer riba pada suku ketiga 2021, terutamanya apabila mereka menganjurkan sebuah tinjauan awam pada bulan Mei lalu untuk mengetahui kehendak para pelanggan terhadap komputer riba.

realme dikhabarkan akan melancarkan beberapa jenis produk baru dalam kategori perkakasan rumah, seperti pembesar suara Meow AI, cermin mata Meow VR dan komputer riba MeowBook yang mungkin merupakan produk yang ditunjuk di atas.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version