Site icon TechNave BM

CEO realme : Siri realme X bakal diganti dengan siri realme GT

Jika anda mengikuti perkembangan syarikat realme, anda pasti tahu mengenai telefon pintar siri realme X. Namun, siri ini bakal menemui penghujungnya kerana CEO realme baru-baru ini mengesahkan bahawa siri realme X akan diganti dengan siri realme GT.

CEO realme India, Madhav Sheth memberitahu bahawa ‘GT adalah X yang baharu’ menandakan kematian telefon pintar siri realme X. Untuk siri C dan siri nombor, ia akan berterusan seperti biasa.

realme X7 Max 5G

Dalam masa yang terdekat, realme GT Master Edition akan dilancarkan di pasaran Eropah, India dan Malaysia.

Adakah anda berpuas hati dengan berita ini? Berikan komen di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : GSMArena

Exit mobile version