Site icon TechNave BM

CEO sahkan HONOR bakal keluarkan telefon andalan seperti HUAWEI Mate, HUAWEI P

Baru-baru ini, kami telah memaklumkan bahawa HONOR kini berdiri sendiri, bukan lagi di bawah naungan HUAWEI seperti dahulu. Jenama HONOR kini bergerak sendiri dan masih aktif mengeluarkan telefon pintar terbaru. Sumber kini melaporkan bahawa CEO HONOR mengesahkan bahawa HONOR bakal memasuki pasaran telefon pintar andalan (flagship) di masa hadapan.

CEO HONOR Zhao Ming telah mengumumkan bahawa mereka bakal mengeluarkan telefon pintar pertama setelah keluar dari naungan HUAWEI. Setelah itu, Zhao Ming telah mengadakan perjumpaan dengan beberapa peminat HONOR dan mendedahkan rancangan syarikat untuk mengeluarkan peranti andalan. Lebih menarik, HONOR juga mungkin melancarkan peranti andalan seperti HUAWEI Mate atau HUAWEI P.

Syarikat HONOR kini ingin menjadi jenama utama di pasaran China. Terdahulu, HUAWEI juga berharap agar HONOR mampu bersaing setaraf dengannya di pasaran teknologi.

Apakah pendapat anda mengenai perkara ini? Kongsikan bersama kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version