Site icon TechNave BM

CEO Sony: “PS5 adalah 100x lebih pantas daripada PS4”

Sewaktu Mesyuarat Strategi Korporat Sony pada hari Selasa lalu, CEO dan Presiden Sony Kenichiro Yoshida mengatakan konsol PlayStation 5 (PS5) adalah 100 kali lebih pantas berbanding PlayStation 4 (PS4), hasil daripada prestasi yang dijanakan oleh pemacu SSD khas. Waktu muatan (loading) akan menjadi lebih pendek dan pemain boleh memainkan game mereka serta-merta.

PS5 juga akan menampilkan controller baru yang lebih responsif serta pemprosesan audio 3D di mana pemain boleh mengalami audio persekitaran yang lebih menyeluruh. Di samping itu, Sony juga telah mencapai 2.2 juta pelanggan berbayar dalam perkhidmatan PlayStation Now setakat hujung April lepas.

Kenichiro juga mengatakan senarai game yang dibuat oleh pihak pertama dan ketiga akan diumumkan tidak lama lagi. Jika anda adalah peminat game-game ekslusif PlayStation seperti Uncharted, Sony juga merancang untuk membikin filem dan siri televisyen berdasarkan game-game tersebut.

Setakat ini PS5 masih dijadualkan untuk dilancar pada hujung tahun ini. Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Sony Corporation Corporate Strategy Meeting, 19 May 2020

Exit mobile version