Site icon TechNave BM

CEO Telegram ditahan berkaitan isu jenayah berat dalam aplikasi

Hujung minggu lalu, Ketua Pegawai Eksekutif Telegram, Pavel Durov telah ditahan di Perancis ketika dalam perjalanan dari Azerbaijan. Pihak berkuasa Perancis tidak menjelaskan mengapa dia ditahan dan Telegram mengatakan Durov tidak melakukan apa-apa kesalahan.

Namun, hari ini, pihak berkuasa Perancis akhirnya mendedahkan sebab penahanannya. Untuk pengetahuan, Durov ditahan kerana Telegram didakwa enggan bekerjasama dalam beberapa kes jenayah melibatkan individu tertentu yang menyebarkan kandungan pedofilia, penjualan dadah, penipuan dalam talian, aktiviti pengganas dan transaksi haram.

Telegram enggan menyerahkan data yang diminta pihak berkuasa Perancis untuk membantu siasatan. Platform pemesejan juga didakwa tidak menyederhanakan kandungan yang dilabelkan sebagai berbahaya. Ahad lalu, mahkamah membenarkan pihak berkuasa Perancis melanjutkan penahanannya sehingga 96 jam.

Selepas tempoh tersebut, dia akan dibebaskan dan akan didakwa di mahkamah. Nantikan berita susulan tentang isu ini pada masa akan datang. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: The Guardian

Exit mobile version