Site icon TechNave BM

CEO Xiaomi berkata mereka sudah merancang untuk buang pengecas telefon sejak 5 tahun lalu

Mi 11 merupakan telefon andalan terbaru yang tidak akan dijual bersama pengecas dalam kotak, selepas Apple memulakan trend tersebut dengan pelancaran siri iPhone 12. Xiaomi mendapat tindak balas yang suram daripada keputusan tersebut, namun CEO Lei Jun mengatakan keputusan itu telah dirancang sejak lima tahun sebelum pelancaran Mi 11.

Dalam sebuah siaran langsung, Lei Jun mengatakan Xiaomi bukan sekadar mengikut langkah Apple dalam membuang pengecas, sebaliknya ia adalah idea yang telah diketengahkan sejak 2015. Pada tahun itu, Lei Jun telah bertanyakan pendapat para penggunanya di Weibo tentang isu pembuangan pengecas dan mendapati mereka tidak menggemari keputusan tersebut.

Beliau juga mendapat idea untuk tidak menyertakan pengecas bersama kotak telefon selepas Xiaomi berpindah ke Beijing Park, di mana para pekerjanya terpaksa membuang banyak pengecas yang tidak digunakan. Kini Mi 11 akhirnya telah pun menjadi telefon pertama Xiaomi yang tidak menyertakan pengecas bersamanya.

Kenyataan Lei Jun agak bercanggah dengan pengiklanan Xiaomi sebelum ini, kerana syarikat tersebut telah “berjenaka” dengan keputusan Apple untuk tidak menyertakan pengecas dalam kotak iPhone 12.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: MyDrivers

Exit mobile version