Site icon TechNave BM

CEO Xiaomi: Mi Mix 4 dan tablet baru Xiaomi sah masuki pasaran tahun ini!

Semalam, CEO Xiaomi, Lei Jun telah menghadiri sesi temu bual bersama peminat Xiaomi, Mi Fans. Dalam sesi tersebut, beliau telah mengesahkan akan kehadiran dua peranti baru Xiaomi.

Beliau menyatakan bahawa peranti baru dari siri MIX (mungkin diberi nama Mi MIX 4) akan dilancarkan pada tahun ini. Selain itu, beliau juga memberitahu bahawa syarikatnya akan mula menghasilkan tablet Xiaomi yang baru.

Peranti terakhir dari siri MIX adalah Mi MIX 3 5G yang dilancarkan pada bulan Mei 2019, hampir dua tahun yang lalu. Manakala untuk tablet pula, kali terakhir Xiaomi melancarkan tablet mereka adalah pada tahun 2018. Berdasarkan sumber, tablet baru Xiaomi ini mungkin akan hadir dengan sokongan stilus.

Mi MIX 4 dikhabarkan akan menggunakan skrin melengkung yang menyokong kadar segar semula 120Hz. Untuk spesifikasi lain, ia masih lagi belum diketahui.

Sebelum temu bual dengan Mi Fans, Xiaomi telah mengacah kehadiran Mi MIX 4 dengan sebuah poster yang menanyakan soalan kepada peminatnya.

‘Adakah akan ada peranti baru dari siri MIX?’

Adakah anda menantikan peranti baru Xiaomi ini? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version