Site icon TechNave BM

CEO Xiaomi: Walaupun dah beri produk berkualiti dengan harga baik, masih ada yang tak puas hati

Melalui sebuah temubual pada hari ini di negara China bersama pengasas Xiaomi, Lei Jun telah diajukan soalan mengenai apakah perkara yang paling tidak memuaskan Xiaomi selama 10 tahun ini.

Soalan ini dijawab oleh Lei Jun dengan jawapan, Xiaomi telah bertungkus-lumus selama 10 tahun, dan hari ini masih ada yang tidak berpuas hati dengan penawaran harga. Pihak Xiaomi tidak menyangka hal sebegini timbul.

Melalui penulisannya yang lepas, beliau menyatakan bahawa Xiaomi menjanjikan faedah pulangan kepada pelanggan melalui cara tertentu jika perniagaan keseluruhan termasuklah telefon pintar berjaya mengaut keuntungan lebih dari 5%. Hal ini kerana biasanya Xiaomi hanya mengaut keuntungan kurang dari 5%.

Soalan terakhir dalam temubual ini adalah, wujudkah individu yang membuat pembelian peranti Xiaomi berharga 10,000 Yuan (~RM6,021). Lei Jun menyatakan bahawa ada individu yang akan membelinya, selagi peranti Xiaomi yang berharga sedemikian berprestasi lebih baik dari peranti lain dengan harga sama.

Anda boleh mengikuti perkembangan Xiaomi selama 10 tahun melalui ucapannya pada 11 Ogos ini. Dalam acara pada tarikh tersebut, terdapat Xiaomi Mi 10 Pro Plus dan Redmi K30 edisi khas yang bakal dilancarkan.

Apakah pandangan anda? Adakah anda masih tidak berpuas hati dengan penawaran harga dan spesifikasi oleh Xiaomi? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: mydrivers

Exit mobile version