Site icon TechNave BM

Cermin mata AR dan skrin gulung OPPO akan diperkenalkan pada 17 November

Pada 17 November (esok), OPPO akan menganjurkan OPPO Inno Day untuk mempamerkan teknologi-teknologi baru oleh syarikat tersebut. Antara produk yang mungkin akan dipersembahkan adalah siri OPPO Find X2, pengecas 125W SuperVOOC dan sepasang cermin mata AR (augmented reality).

OPPO telah membuat pengumuman ringkas di Weibo di manar mereka mengatakan sepasang cermin mata AR akan dilancarkan dalam acara tersebut. Produk tersebut mungkin akan dilengkapi empat kanta yang terdiri daripada kanta time-of-flight (ToF) untuk mengukur jarak, kanta RGB untuk mengimbas bentuk objek dan dua kanta mata ikan untuk penggambaran.

Selain cermin mata AR, OPPO juga akan mengumumkan prototaip untuk skrin telefon baru yang lebih luas dan boleh digulung. Masih tidak pasti bagaimanakah mekanisme skrin baru ini akan berfungsi, namun ia mungkin akan melibatkan fungsi skrin lipat.

Adakah anda teruja dengan produk yang akan dilancar oleh OPPO esok? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version