Site icon TechNave BM

Cermin pintar Poseidon menjadi tarikan di CES 2020

Adakah anda pernah mendengar tentang cermin pintar? Kehadiran cermin pintar bukanlah sesuatu yang baru di dunia, tetapi mungkin baru jika hadir di Malaysia. Terkini, sebuah syarikat Eropah CareOS telah membina cermin pintar yang diberi nama Poseidon.

Diumumkan di CES 2020 hari ini, saiz cermin pintar Poseidon boleh diubah suai. Bukan setakat itu sahaja, orientasi tontonan Poseidon juga boleh ditukar sama ada anda mahu melihat secara menegak atau mendatar. Menurut Engadget, pencahayaan juga boleh diubah suai dengan tetapan pencahayaan berbeza, frame warna berbeza dan sebagainya.

Apa yang menariknya, Poseidon dilengkapi motherboard dengan cipset Qualcomm, USB, WiFi dan Ethernet. Tidak lupa juga kepada kewujudan kamera pada cermin pintar ini untuk mengesan wajah anda dan fungsi AR lain.

Harganya mungkin tidak menjadi masalah kepada penggemar teknologi berpoket tebal. Poseidon dipasarkan bermula dengan harga $3,000 (lebih kurang RM12,325) hingga $6,000 (lebih kurang RM24,651).

Adakah anda mempunyai impian untuk memiliki sebuah cermin pintar? Beritahu kami di laman Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini di CES 2020.

Sumber: Engadget

Exit mobile version