Site icon TechNave BM

CES 2020: 3 monitor Predator baru daripada Acer termasuk Predator besar bersaiz 55 inci

Lagi berita mengenai peranti teknologi di CES 2020 hari ini. Terkini, jenama besar Acer mengumumkan tiga monitor baharu iaitu Acer Predator CG552K, Predator X32 dan Predator X38.

Monitor utama yang paling menarik adalah Predator CG552K yang memiliki paparan OLED 4K dengan kadar segar semula 120Hz. Gamer yang menggemarkan pengalaman gaming melalui televisyen pasti menyukai monitor ini kerana ianya bersaiz 55 inci.

Jika Predator berukuran 55 inci terlalu besar buat anda, Acer turut menyediakan Predator X32 dengan paparan IPS mini LED berserta resolusi UHD. Ditambah dengan kadar segar semula yang tinggi sehingga 144Hz dan sudut tontonan sehingga 178 degree, bukankah ia memadai untuk pengalaman gaming memuaskan?

Predator X32 | Sumber: Acer melalui The Verge
Predator X38 | Sumber: Acer melalui The Verge

Menurut The Verge, jika spesifikasi Acer adalah yang seperti dinyatakan, Predator X32 menepati citarasa gamer dan pengarang kandungan. Berkenaan Predator X38 pula, monitor ini hadir dengan paparan melengkung UWQHD+ 37.5 inci dan kadar segar semula 175Hz.

Di antara ketiga-tiga Predator ini, adakah anda memilih monitor yang besar, bersaiz sederhana atau dengan paparan melengkung? Beritahu kami di laman Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini di CES 2020.

Sumber: The Verge

Exit mobile version