Site icon TechNave BM

‘Charging mat’ Apple dengan cipset Bionic 11 sedang diuji, anggaran harga ~RM1,080

Untuk peminat teknologi, anda pastinya sudah tahu agak susah untuk mencari maklumat bocor berkenaan produk Apple. Apa yang ditemui kali ini agak menarik. Apple mungkin akan mengeluarkan pad pengecasan (charging mat) dengan cipset Bionic A11 memandangkan mereka sedang berusaha untuk menguji prototaip produk itu.

Kewujudan Bionic A11 dalam pad pengecasan tersebut adalah untuk mengelakkan daripada berlakunya pemanasan dalam suhu yang tinggi. Terdahulu, prototaip pad pengecasan tanpa cipset tersebut tidak mampu menguruskan pemanasan yang menyebabkan ianya terbakar.

Dengan Bionic A11, prototaip terbaru ini mampu mengalirkan kuasa kepada kawasan lingkaran tertentu. Hal ini menyebabkan peranti tersebut akan menunggu suhu untuk turun dahulu sebelum memasukkan kuasa kembali. Jurutera Apple dilaporkan sedang menguji prototaip produk ini yang diberi nama “C68”. “C68” ini dijangka bakal hadir pada hujung tahun 2020 atau pada awal tahun 2021 dengan anggaran harga $250 (~RM1,080).

Kelihatannya, Apple tidak mengabaikan produk yang pernah dibina, tetapi tidak dikeluarkan untuk penghasilan. Mereka malah mencari jalan untuk memperbaiki kekurangan tersebut. Luahkan pendapat anda di laman Facebook kami dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: @jon_prosser

Exit mobile version