Site icon TechNave BM

Chatbot Bing yang dikuasakan AI Microsoft akan paparkan iklan kepada pengguna tidak lama lagi

Pada hari Rabu lepas, Naib presiden korporat Microsoft Yusuf Mehdi berkata syarikatnya akan memperkenalkan iklan ke dalam perkhidmatan chatbot yang dikuasakan oleh AI dalam enjin carian Bing. Perkara ini dilakukan bagi meningkatkan pengalaman sembang dalam chatbot tersebut.

Microsoft telah menguji iklan di Bing untuk seketika dan dilaporkan membincangkannya dengan agensi iklan pada bulan Februari. Penganalisis teknologi, Debarghya Das turut kongsikan contoh iklan berkenaan pertanyaan tentang kereta Honda murah namun, ia masih tidak rasmi. Selepas dua ayat, terdapat petikan dengan kotak kecil “Iklan” yang kelihatan memaut kembali ke Bing.

Menurut sumber, Mehdi turut mengatakan bahawa Microsoft mahu “berkongsi hasil iklan dengan rakan kongsi yang kandungannya menyumbang kepada respons sembang”. Buat masa ini, kami masih tertanya-tanya jumlah iklan yang mungkin dipaparkan atau cara Microsoft memaparkan iklan.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Sumber:  The Verge

Exit mobile version