1-800-ChatGPT adalah inisiatif baru yang membolehkan pengguna mengakses ChatGPT dengan mudah melalui panggilan telefon atau WhatsApp tanpa memerlukan akaun. Pengguna boleh menelefon nombor 1-800-ChatGPT (1-800-242-8478) atau menghantar mesej WhatsApp untuk berinteraksi dengan ChatGPT.
Perbualan percuma disediakan selama 15 minit sebulan dengan had harian untuk mesej WhatsApp. Walaupun perkhidmatan ini menawarkan kemudahan, terdapat beberapa batasan. Contohnya, hanya perbualan teks yang disokong melalui WhatsApp dan beberapa ciri seperti pencarian ChatGPT serta ciri peribadi tidak tersedia.
Selain itu, penggunaan dalam persekitaran yang tenang/sunyi disarankan untuk mengelakkan gangguan suara. Bagi mereka yang memerlukan ciri tambahan seperti berbual dengan imej atau mengakses memori peribadi, mereka perlu menggunakan aplikasi ChatGPT atau melawat laman web rasmi ChatGPT.
Data perbualan disimpan untuk tujuan keselamatan dan pengguna boleh mengakses atau memadamkan data mereka melalui Polisi Privasi yang disediakan. Jika mengalami masalah, pengguna boleh memberikan maklum balas atau melaporkan isu melalui platform sokongan yang disediakan.
Dengan 1-800-ChatGPT, akses ke ChatGPT kini lebih mudah dan boleh digunakan oleh lebih ramai pengguna melalui saluran yang lebih biasa. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: OpenAI

