Site icon TechNave BM

ChatGPT lancarkan ciri sembang suara kepada semua pengguna secara percuma

OpenAI telah menjadikan ciri perbualan suara ChatGPT yang boleh diakses oleh semua pengguna telefon mudah alih tanpa kos. Pada awalnya diperkenalkan pada bulan September, ciri perbualan suara ini hanya terhad kepada pengguna yang melanggan pelan berbayar.

Pengguna aplikasi mudah alih boleh terlibat dalam perbualan suara dengan menekan ikon fon kepala di sebelah kotak perbualan, membolehkan respon teks-ke-ucapan. Perbualan, yang direkod sebagai teks, boleh berlaku sepenuhnya melalui suara, bahkan ketika aplikasi berada di latar belakang.

Pengguna boleh memilih daripada lima pilihan suara. Walaupun tetapan pertuturan merangkumi Bahasa Melayu, pengesanan suara dalam Bahasa Melayu nampaknya kurang tepat berbanding Bahasa Inggeris. Teks-ke-ucapan masih mampu memberikan respons dalam Bahasa Melayu, tetapi hanya jika soalan telah dikesan dengan betul. Jika tidak, respons akan diberikan dalam Bahasa Inggeris dan mungkin tidak relevan dengan soalan yang diajukan.

Adakah anda merupakan pengguna ChatGPT? Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia.

Exit mobile version