Site icon TechNave BM

ChatGPT makin seronok untuk pengguna percuma, sembang teks kini tanpa had

OpenAI mengumumkan pemansuhan had penggunaan sembang berasaskan teks untuk pengguna ChatGPT akaun percuma dan akaun Go. Langkah ini menandakan perubahan dasar pada penawaran peringkat percuma platform kecerdasan buatan berkenaan. Menerusi kemas kini baharu, pengguna boleh melakukan perbualan berasaskan teks tanpa sebarang had bilangan mesej.

Walau bagaimanapun, sebarang penggunaan yang melibatkan penjanaan imej, muat naik fail dan mod suara masih tertakluk kepada had penggunaan sedia ada. OpenAI turut menukar model lalai untuk akaun Free dan Go daripada GPT-5.5 Instant kepada GPT-5.6 Luna.

Model baharu dilengkapi butang “Think” yang membolehkan sistem memproses jawapan dengan lebih mendalam sebelum merespons dan ciri ini turut ditawarkan tanpa had bagi teks. Bagi pengguna berbayar Plus dan Pro, OpenAI mengemas kini model GPT-5.6 Sol untuk interaksi yang lebih semula jadi serta menambah peluncur tahap pemikiran bagi mengawal kedalaman respons.

Penukaran model lalai GPT-5.6 Luna dilaksanakan bermula minggu ini manakala pemansuhan had perbualan teks bagi akaun percuma akan dikuatkuasakan sepenuhnya bermula minggu depan. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: engadget

Exit mobile version