Site icon TechNave BM

China gubal undang-undang anti bazir makanan, video ‘Mukbang’ mungkin diharamkan

Anda mungkin sudah sinonim dengan video pertunjukan memakan makanan di mana-mana platform video termasuklah YouTube, atau video ini lebih dikenali dengan nama ‘Mukbang’. Video ‘Mukbang’ dari China dilapor mungkin diharamkan jika China melaksanakan undang-undang anti bazir makanan.

Penggubalan undang-undang ini berada pada tahap draf dan selari dengan kempen Presiden China untuk menentang pembaziran makanan. Menurut draf tersebut, penerbit kandungan media yang mempamerkan aktiviti memakan makanan dalam jumlah yang banyak akan didenda sehingga 100,000 Yuan (~RM6,201) dan dihentikan untuk beroperasi.

Draf undang-undang baharu ini telah dihantar kepada Standing Committee of the National People’s Congress (NPCSC) tinjauan semula. Melalui undang-undang ini juga, pihak penyaji makanan perlu menghidangkan makanan dalam had yang tertentu untuk hidangan berkumpulan.

Apakah pandangan anda jika video ‘Mukbang’ dari China diharamkan? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: 1 | 2

Exit mobile version