Site icon TechNave BM

China jalankan siasatan undang-undang Anti-Monopoli terhadap Alibaba

Terkini, China dilaporkan telah menjalankan siasatan ke atas syarikat e-dagang terkenal Alibaba berdasarkan undang=undang Anti-Monopoli.

Menurut kerajaan China, Alibaba akan disiasat berkenaan polisi syarikatnya yang memperlihatkan seperti pedagang dipaksa menjual secara ekslusif di Alibaba dan tidak dibenarkan menjual di laman e-dagang lain yang popular di China seperti JD.com dan Pinduoduo.

Alibaba dilapor akan memberi kerjasama untuk siasatan ini dan menyatakan bahawa operasi perniagaan adalah berjalan seperti biasa.

Sementara itu, sekutu Alibaba iaiatu Ant Group turut dipanggil oleh kerajaan China untuk membincangkan mengenai isu pematuhan tertentu.

Terdahulu, kami telah memaklumkan bahawa China juga sedang menyemak penggubalan undang-undang anti bazir makanan di mana kandungan video ‘Mukbang’ bakal berdepan denda jika tidak mematuhi undang-undang tersebut.

Apakah pandangan anda mengenai langkah kerajaan China terhadap industri digital ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Techcrunch

Gambar dari Andrea Verdelli/Getty Images

Exit mobile version