Site icon TechNave BM

China keluarkan aplikasi untuk mengesan hubungan rapat dengan pesakit Coronavirus

China sudah melancarkan sebuah aplikasi yang bertujuan untuk mengurangkan penyebaran wabak Coronavirus. Menurut media kerajaan China, aplikasi tersebut yang digelar Pengesan Pendedahan Rapat membolehkan pengguna untuk memeriksa jika mereka berada dalam jarak yang dekat dengan orang yang menghidapi penyakit itu.

Untuk menggunakannya, pengguna boleh mengesan kod QR dengan aplikasi seperti Alipay, WeChat atau QQ. Kemudian, pengguna perlu memasukkan nama dan nombor ID mereka, dan mereka boleh memeriksa status tiga pemilik nombor ID yang lain.

Menurun Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan China, ‘hubungan rapat’ bermaksud orang yang telah berada dalam jarak yang dekat dengan pesakit yang disahkan atau disyaki mempunyai penyakit tersebut tanpa memakai sebarang perlindungan. Ini termasuk orang yang kerja bersama, hidup sebumbung atau berada dalam sebuah pengangkutan yang mempunyai pesakit.

Pengkritik mengatakan ini mungkin adalah pencerobohan privasi untuk rakyat China, tetapi ada juga yang mengatakan bahawa langkah ini adalah perlu untuk membendung penularan wabak Coronavirus dan privasi tidak boleh dijadikan keutamaan sekarang.

Apakah pendapat anda tentang aplikasi ini? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan China

Exit mobile version