Site icon TechNave BM

China mula kaji teknologi 6G, dijangka boleh diguna pada tahun 2030

Sementara negara lain termasuklah Malaysia masih cuba mengembangkan rangkaian 5G, China dilaporkan sudah mula mengorak longkah untuk rangkaian 6G. Sumber melaporkan ZTE dan syarikat telekomunikasi China, China Telecom telah menyetujui perjanjian strategik untuk mengkaji teknologi 6G.

Sebenarnya, China merupakan negara pertama yang telah mula meneroka 6G pada tahun 2018. Namun, masih tiada perkembangan rasmi mengenainya dilaporkan. Perkara ini disokong oleh sumber yang turut melaporkan 6G merupakan terma yang masih samar-samar kerana ketiadaan standard untuk menentukan 6G secara rasmi.

Menurut pengarah ZTE, standard rangkaian 6G dijangka dapat dilihat seusai bermulanya kajian 6G dalam masa tiga tahun akan datang. Apa pun, perjalanan teknologi ini bakal mengambil masa kerana ia dijangkakan akan dikomersialkan pada tahun 2030. Berkemungkinan, rangkaian 6G mampu menyokong kemuncak data 1 terabait setiap saat sementara rangkaian 5G kini mampu menyokong kelajuan muat turun 1 hingga 3 gigabait setiap saat.

Negara-negara di dunia selain China dilihat masih bergelut dengan perkembangan 5G seperti menara 5G dibakar oleh segelintir rakyat. Apakah jangkaan anda pada 6G? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: abascusnews

Exit mobile version