Site icon TechNave BM

CIMB dan Maybank tamatkan sokongan tambah nilai TNG melalui mesin ATM

Kini, CIMB dan Maybank bank telah menamatkan sokongan tambah nilai Touch ‘n Go (TNG) melalui mesin ATM. Maybank mmengumumkan di laman web rasminya mengatakan sistem itu akan ditamatkan mulai 13 Mei iaitu pada hari Sabtu lepas.

Kami pasti sistem ini juga akan diikuti oleh beberapa jenis bank yang lain. Namun, anda tidak perlu risau, masih terdapat banyak alternatif lain untuk membantu anda menambah nilai.

Antaranya adalah di kiosk TNG, mesin TNG, stesen minyak atau bertukar kepada penggunaan kad NFC, RFID dan SmartTAG. Anda boleh dapatkan kad NFC pada harga RM10 sahaja manakala RFID pada harga RM35.

Yang mana satukah menjadi pilihan anda? Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version