Site icon TechNave BM

CIMB hantar notifikasi transaksi ke alamat E-mel bermula 24 Mei 2022

Pada hari ini, CIMB telah mengumumkan kepada para pengguna bahawa mereka akan menghantar notifikasi transaksi melalui alamat e-mel. Hal ini akan dilaksanakan bermula pada 24 Mei 2022.

Sebelum ini, pasti kebanyakan notifikasi untuk transaksi daripada segi pembayaran akan dinotifikasikan melalui SMS. Untuk notifikasi baharu ini, kami masih tidak mengetahui jenis transaksi yang diliputi.

Bagi mereka yang ingin mengubah alamat e-mel untuk menerima notifikasi transaksi, anda diminta untuk ke cawangan CIMB terdekat. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Exit mobile version