Site icon TechNave BM

CIMB OCTO App dilancar, tawarkan fungsi perbankan baharu untuk pelanggan

CIMB Bank Berhad hari ini telah melancarkan aplikasi perbankan terbaru untuk para pelanggannya iaitu CIMB OCTO App. Aplikasi ini menawarkan pengalaman perbankan harian digital yang lebih pantas, mudah dan selamat. Ia menawarkan alat pencarian (search and navigation tools) baharu, keselamatan yang dipertingkatkan dan antara muka yang mesra pengguna.

Aplikasi CIMB OCTO sudah boleh diguna dan dimuat turun hari ini dalam Apple App Store, HUAWEI AppGallery dan Google Play Store. Ia akan menerima segala fungsi lengkap pada separuh pertama 2023. Sementara itu, CIMB Clicks akan masih terus ditawarkan serentak dengan CIMB OCTO App.

Pelanggan boleh pilih mana-mana perkhidmatan yang sesuai dengan mereka. Antara ciri menarik pada aplikasi ini ialah Manage Homescreen, di mana pengguna boleh ubahsuai fungsi-fungsi yang ingin dipaparkan pada halaman utama (homepage). Pengguna juga boleh hasilkan Quick Menu yang boleh diisi dengan lapan ikon untuk akses cepat kepada fungsi yang kerap digunakan seperti Transfers, DuitNow dan banyak lagi.

Untuk melihat sejarah transaksi dengan cepat, aplikasi ini mempunyai OCTO Transaction History yang boleh paparkan sehingga lima transaksi dalam halaman utama. Selain itu, pengguna juga boleh dapatkan resit untuk transaksi sebelumnya dalam Account History.

Fungsi-fungsi lain termasuklah Quick Balance untuk semak baki akaun, dan Quick Payment yang membenarkan transaksi sehingga RM500 menggunakan imbasan biometrik atau kata laluan. Fungsi yang akan diperkenalkan pada masa hadapan termasuklah Foreign Transfer, Widgets dan DuitNow QR Cross-Border Transactions.

Layari laman web CIMB untuk maklumat lanjut mengenai CIMB OCTO App. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version