Site icon TechNave BM

CIMB: Perkhidmatan dalam talian tergendala, pengguna disaran untuk tidak gunakannya buat masa ini

Perkhidmatan perbankan dalam talian CIMB sedang menghadapi gangguan buat sementara waktu dan sedang dibaiki. CIMB mengumumkan berita itu di laman Facebook rasminya pada kira-kira 11:30 pagi ini.

Pihaknya mengatakan bahawa bank itu sedang berusaha untuk membaiki perkhidmatan berkaitan dan meminta pengguna untuk tidak menggunakan perkhidmatan perbankan dalam talian buat masa ini.

CIMB memohon maaf kepada pengguna atas perkara ini dan berkata ia akan mengumumkan jika kerja pembaikan sudah selesai. Sekali lagi diingatkan kepada pelanggan CIMB untuk tidak menggunakan perbankan dalam talian buat waktu ini.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version