Site icon TechNave BM

Cincin pintar Rollme R2 dilancar, miliki fungsi penjejakan kesihatan berharga ~RM421

Cincin pintar kini semakin menjadi perhatian dalam sektor teknologi, malah gergasi teknologi seperti Samsung dan Apple dilaporkan sedang dalam proses penghasilan. Rollme telah menyenaraikan cincin kesihatan pintar baharu iaitu Rollme R2 di laman rasminya dan kini tersedia secara global.

Rollme R2 menawarkan sehingga 10 hari hayat bateri pada penggunaan biasa dan mempunyai ciri penjejakan kesihatan seperti tahap SpO2, kadar denyutan jantung serta tidur. Pengguna Rollme R2 boleh melihat data penjejakan kesihatan Rollme R2 menggunakan aplikasi mudah alih.

Rollme R2 tidak mempunyai pemantauan suhu seperti pendahulunya tetapi ia dilengkapi dengan fungsi kawalan kamera jauh. Terdapat beberapa mod sukan pada cincin kesihatan pintar R2 dan pengiraan langkah turut ditampilkan. Hayat bateri Rollme R2 boleh bertahan sehingga 60 hari dalam mod siap sedia.

Anda boleh mengecas semula gelang pintar secara wayarles melalui bekas pengecasnya. Ia tersedia dalam enam saiz (7 hingga 12) dan berat kira-kira 2.9g. Tiga pilihan warna tersedia iaitu Champagne Gold, Pearl White dan Premium Black. Rollme R2 berharga $89.99 (~RM421).

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Rollme

Exit mobile version