Site icon TechNave BM

Cip Apple Silicon pertama M1 dilancar: Prestasi lebih tinggi dari cip komputer lain di pasaran

Terkini, Apple telah memperkenal dan melancarkan cip Apple Silicon pertama mereka, cip M1. Cip M1 tampil dengan prestasi kuasa dan grafik yang lebih baik berbanding generasi terdahulu.

Menurut Apple, cip 5nm ini hadir dengan 8 teras CPU, 8 teras GPU dan 16 teras Neural Engine. Ia dibina dengan Unified Memory Architecture (UMA) yang menghasilkan lebar jalur yang tinggi dan latensi yang rendah. Cip M1 mempunyai prestasi CPU yang terbaik di dunia. Cip ini turut hadir dengan pengurusan jangka hayat bateri yang lebih baik.

Cip ini akan mengoperasikan MacBook Air, MacBook Pro 13 inci dan Mac mini dengan prestasi tinggi. Menurut Apple, MacBook Air yang dijana cip ini boleh menayangkan video sehingga 18 jam dalam satu pengecasan dan sehingga 20 jam untuk MacBook Pro baharu.

Apakah pendapat anda mengenai cip baharu untuk komputer dan komputer riba Apple ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version