Site icon TechNave BM

Cip baharu pada siri iPhone 14 mungkin berikan hayat bateri yang lebih lama

Telefon pintar pasti akan ditingkatkan daripada segi prestasi, keselesaan dan tambahan ciri dan ini merupakan perkara yang agak sukar untuk dicapai. Walaupun begitu, Apple merancang untuk menghasilkan hayat bateri yang lebih baik untuk siri iPhone 14.

Menurut Taiwan United Daily News (laporan dari MacRumors), siri Apple iPhone 14 akan menggunakan cip RF transceiver 6nm baharu untuk digunakan bersama modem Snapdragon X65 5G. Cip ini lebih kecil berbanding cip sebelum ini membolehkan penggunaan kuasa yang lebih rendah pada jalur sub-6GHz dan mmWave 5G. Keputusannya pengguna boleh mengharapkan hayat bateri yang lebih lama. 

Selain itu, cip RF baharu akan menyokong sambungan Wi-Fi 6E yang merupakan versi Wi-Fi 6 yang dipertingkatkan, memberi prestasi yang lebih baik, kependaman (latency) rendah, kelajuan sambungan pantas dan julat lanjutan untuk jalur 6GHz. Ia mempunyai lebih banyak peranti dalam jalur 6GHz menjadikan ruang untuk 2.4GHz dan 5GHz yang boleh didapati dalam peranti wayarles lain seperti fon telinga wayarles. Untuk maklumat anda, Bluetooth juga menggunakan jalur 2.4GHz.

Kami tidak pasti berapa banyak peningkatan  dan tambahan ciri yang diberikan sehingga pelancaran iPhone 14 nanti. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: TechNaveEN 

Exit mobile version