Site icon TechNave BM

Cip Surge P1 dalam Xiaomi 12 Pro boleh mengecas bateri 4,000mAh dalam masa 8 minit

Walaupun siri Xiaomi 12 telah dilancarkan dan semua spesifikasinya terdedah, mungkin masih terdapat sesuatu yang anda tidak tahu. Kali ini, Xiaomi 12 Pro hadir dengan cip ketiga yang dibangunkan sendiri iaitu Surge P1 yang dibuat khas untuk pengecasan pantas. Menurut laporan baru-baru ini, cip Surge P1 membolehkan bateri 4,000mAh dicas sepenuhnya dalam masa 8 minit sahaja.

Ia juga boleh menghidupkan sel tunggal 120W dalam satu saat. Selain itu, cip  tersebut menyokong sehingga 42 tahap perlindungan keselamatan dengan pensijilan TÜV Rheinland Safe Fast Charging System 3.0. Untuk pengetahuan, Xiaomi hanya mendedahkan maklumat mengenai cip Surge P1 pada hari ini.

Syarikat itu mengatakan bahawa ia telah memikirkan tentang penyelesaian pengecasan pantas generasi seterusnya. Xiaomi Surge P1 adalah jawapan yang membawa beberapa pengalaman baharu dalam teknologi pengecasan. Kini, kita hanya boleh menunggu siri Xiaomi 12 untuk membuat kemunculan globalnya sebelum mengetahui betapa berkuasanya peranti itu.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan teknologi pengecasan pantas daripada Xiaomi ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version