Site icon TechNave BM

Cipset andalan terbaru HUAWEI mungkin diberi nama Kirin 9010 dengan binaan 3nm

Pada beberapa bulan yang lalu, HUAWEI telah melancarkan cipset andalan mereka iaitu Kirin 9000 dan ianya hadir dengan dua varian berbeza Kirin 9000 dan Kirin 9000E. Buat masa ini, cipset ini hanya digunakan oleh telefon siri Mate40.

Terbaru, sumber memberitahu bahawa cipset andalan generasi baru HUAWEI akan diberi nama Kirin 9010. Cipset ini juga dikhabarkan akan dihasilkan atas binaan 3nm.

Kirin 9000 telah dilancarkan sebagai cipset 5nm pertama Android, lebih awal dari cipset 5nm Samsung Exynos 1080 dan Qualcomm Snapdragon 888. Cipset 5nm ini dijangka akan digunakan oleh syarikat telefon pintar dalam 2 tahun yang akan datang.

Namun, sumber menyatakan bahawa cipset 3nm bakal digunakan oleh HUAWEI pada hujung tahun ini, mungkin pada peranti siri Mate50.

Jika benar cipset Kirin 9010 3nm ini diperkenalkan pada tahun ini, HUAWEI akan menjadi syarikat pertama dunia yang menghasilkan cipset 3nm secara besar-besaran.

Adakah anda teruja dengan Kirin 9010 3nm dari HUAWEI? Nantikan berita lanjut mengenai cipset ini di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : Gizmochina

Exit mobile version