Site icon TechNave BM

Cipset Exynos dengan AMD GPU dilihat berjaya kalahkan prestasi GPU iPhone 12 Pro Max!

Sebelum ini, Samsung dan AMD telah mengesahkan bahawa mereka akan bekerjasama untuk cipset generasi baru Samsung. Ia mungkin hadir dengan nama Exynos 2200 dan dilengkapi GPU AMD Radeon. Kini, sebuah cipset Exynos telah muncul dalam talian dan markah penanda arasnya dilihat lebih tinggi dari iPhone 12 Pro Max.

Berdasarkan penyenaraian 3DMark graphics, sebuah cipset Exynos dengan GPU AMD Radeon dan teras Cortex-A77 telah muncul dalam talian. Cipset ini berjaya untuk mendapatkan markah setinggi 8,134 dengan purata kadar bingkai 50fps. Berbanding dengan iPhone 12 Pro Max, ia mendapat markah sekitar 7,442 dengan purata kadar bingkai 40fps.

Markah cipset Exynos dengan AMD Radeon

Ianya adalah percubaan awal dan kita masih belum tahu mengenai prestasi kepanasan GPU AMD ini. Tambahan lagi, cipset yang dicuba ini menggunakan teras Cortex-A77 bukannya Cortex-X2 dan Cortex-A710 yang mungkin akan digunakan pada cipset Exynos 2200 akan datang.

Meskipun cipset ini berjaya mengalahkan prestasi GPU iPhone 12 Pro Max, ianya masih tidak berupaya untuk mencapai prestasi cipset Apple M1. Cipset Apple M1 mendapat markah 3DMark setinggi 17,000, lebih dua kali ganda dari cipset Exynos dengan GPU AMD ini.

Markah iPad Pro M1

Apa pun, nantikan prestasi sebenar cipset Exynos 2200 di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version