Site icon TechNave BM

Cipset ‘flagship’ Snapdragon 875 mungkin hadir dengan versi Lite, lebih murah

Terkini, pendedah maklumat terkenal Digital Chat Station telah mendedahkan bahawa syarikat pengeluar cipset Snapdragon, Qualcomm mungkin bakal menghasilkan versi Snapdragon 875 yang lebih murah (setakat ini dirujuk sebagai Snapdragon 875 Lite).

Walaupun maklumat ini hanyalah jangkaan dan spekulasi sahaja, namun ianya tidak mustahil jika melihat kepada cipset Snapdragon 875 yang dilaporkan bakal menjadi lebih mahal. Qualcomm pastinya akan memberi pilihan cipset yang lebih murah juga untuk syarikat telefon pintar yang masih menginginkan prestasi flagship, tetapi dengan harga lebih rendah.

Sumber dalam bahasa Mandarin

Apa pun, kami masih ketiadaan maklumat rasmi berkenaan hal ini. Jika benar Snapdragon 875 Lite hadir, adakah peminat telefon pintar akan berminat dengan peranti yang dijana oleh cipset ini? Beritahu jangkaan anda di laman Facebook kami dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Digital Chat Station

Exit mobile version