MediaTek telah mengumumkan cipset terbaharu untuk telefon pintar segmen permulaan iaitu MediaTek Helio G36. Cipset tersebut adalah pengganti kepada Helio G35. Helio G36 dikatakan akan digunakan pada telefon gaming bajet. Satu-satu perbezaaan jika dibandingkan dengan Helio G37 adalah Helio G36 mempunyai kelajuan jam 100MHz yang lebih perlahan.
MediaTek Helio G36 dihasilkan berdasarkan proses 12nm TSMC. Ia mempunyai lapan teras Cortex-A53 dengan kelajuan 2.2GHz dan dilengkapi GPU IMG PowerVR GE8320. Cipset ini mempunyai teknologi gaming MediaTek HyperEngine 2.0 Lite. MediaTek Helio G36 menyokong paparan FHD+ dengan kadar penyegaran 90Hz untuk penatalan dan gaming yang lancar.
Ia menyokong dua kamera 13MP sehingga 50MP penderia tunggal bersama-sama dengan ciri pengimejan berasaskan perkakasan seperti kesan bokeh, MEMA 3DNR, pengurangan hingar berbilang bingkai dan banyak lagi. Sistem pada cip akan membolehkan peranti merakam video 1080p pada 30fps.
Pada bahagian penyambungan, MediaTek Helio G36 mempunyai sokongan dwi 4G VoLTE bersama dengan dwi-jalur WiFi 5, Bluetooth 5.0, Galileo, GLONASS dan GPS bersepadu. Kita akan menilai prestasi cipset ini sejurus selepas ia digunakan pada pengeluaran telefon pintar akan datang.
Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: MediaTek

