Site icon TechNave BM

Cipset Qualcomm generasi baru mungkin bersaiz 4nm, dilengkapi GPU Adreno 730

Buat masa ini, peminat gajet masih lagi menunggu kehadiran varian Plus untuk cipset Snapdragon 888. Namun sehingga kini, tiada lagi berita rasmi mengenainya. Terbaru, butiran tentang cipset andalan generasi baru dari Qualcomm telah muncul dalam talian.

Berdasarkan sumber, cipset andalan generasi baru ini akan dibina di atas proses yang lebih kecil, iaitu sekecil 4nm. Ia dikatakan akan menggunakan teras CPU Kyro 780, GPU Adreno 730 dan modem 5G Snapdragon X65. Sebagai perbandingan, cipset Snapdragon 888 dilengkapi teras CPU Kyro 680, GPU Adreno 660 dan modem 5G Snapdragon X60.

Mengikut sumber, cipset andalan generasi baru ini mungkin akan digunakan oleh peranti kelas andalan pada tahun hadapan.

Adakah anda menantikan cipset generasi baru ini? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version