Site icon TechNave BM

Cipset Samsung Exynos 1000 mungkin lebih pantas daripada Qualcomm Snapdragon 875

Cipset flagship Samsung yang seterusnya, Exynos 1000, mungkin akan mempunyai prestasi yang mengatasi pesaing utamanya, Snapdragon 875. Ini adalah berdasarkan perbandingan antara markah penanda aras GeekBench buat kedua-dua cipset tersebut.

Menurut sumber, Exynos 1000 mendapat markah 1302 dalam ujian teras tunggal (single-core test) dan 4250 dalam multi-teras (multi-core), lebih tinggi daripada Snapdragon 875 yang memperoleh markah 1159 dan 4090 dalam ujian masing-masing. Sebuah telefon Xiaomi Mi 11 yang dilengkapi Snapdragon 875 mendapat markah serupa iaitu 1102 dan 4113.

Sumber turut mengatakan teras CPU baru daripada ARM iaitu Cortex-1 masih mempunyai isu, jadi Samsung telah meletakkan kadar clock yang tinggi untuk prestasi yang lebih baik berbanding Snapdragon 875. Sungguh pun begitu, perlu diingati bahawa ujian ini menggunakan unit pra-pengeluaran yang tidak akan dipasarkan kepada orang awam, jadi prestasi sebenar kelak mungkin akan berbeza dengan ujian ini.

Adakah Exynos akan mengatasi Snapdragon pada tahun depan? Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version