Site icon TechNave BM

Cipset Samsung Exynos 1280 diumum secara rasmi, dibina melalui proses EUV 5nm

Samsung akhirnya mengumumkan cipset Exynos 1280 yang terdapat dalam beberapa telefon pintar segmen pertengahan seperti Galaxy A baru-baru ini iaitu Galaxy A33, Galaxy A53 dan Galaxy M33. Cip ini dibina pada proses EUV 5nm Samsung dan menampilkan CPU lapan teras yang terdiri daripada dua teras prestasi Cortex-A78 bersama enam teras cekap kuasa Cortex-A55.

Bahagian GPU dikendalikan oleh Arm Mali-G68 dan anda mendapat kedua-dua sambungan sub-6GHz dan mmWave 5G. Cipset baharu ini dioptimumkan dengan Fused Multiply-Add (FMA) yang sepatutnya membawa penggunaan kuasa dan hayat bateri yang lebih baik.

Unit pemprosesan saraf (NPU) membawa fungsi AI seperti pembahagian pemandangan, analisis gerakan masa nyata dan pengawasan berbilang objek. Exynos 1280 boleh mengendalikan paparan FHD+ dan kadar segar semula sehingga 120Hz.

Pemproses isyarat imej (ISP)nya menyokong resolusi maksimum sehingga 108MP dan sehingga tiga modul tambahan 16MP. Samsung turut menambah pemprosesan imej berbilang bingkai untuk imej yang lebih jelas dengan kurang noise, penstabilan imej elektronik (EIS) serta rakaman video 4K dan main semula pada 30fps.

Daripada segi sambungan, anda mendapat Wi-Fi 802.11ac MIMO dwi-jalur, Bluetooth 5.2 dan kuad-buruj berbilang isyarat untuk kedudukan L1 dan L5 GNSS. Kongsikan pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: Samsung

Exit mobile version