Site icon TechNave BM

Cipset Samsung Exynos 2100 dilancar: Exynos 5G pertama dengan proses 5nm, sokong kamera 200MP

Samsung hari ini telah melancarkan cipset telefon pintar andalan yang terbaru iaitu Exynos 2100. Cipset ini merupakan cipset 5G pertama oleh Samsung yang dibuat dengan proses 5nm ultra-ungu ekstrem (EUV), di mana ia membenarkan cipset tersebut untuk beroperasi lebih pantas dan cekap tenaga.

Jika dibandingkan dengan cipset 7nm, Samsung mengatakan Exnos 2100 adalah 10% lebih pantas dan 20% lebih cekap tenaga. Exynos 2100 mempunyai CPU lapan teras yang terdiri daripada sebuah Arm Cortex-X1 2.9GHz, tiga buah Cortex A-78 dan empat buat Cortex-A55 untuk peningkatan sebanyak 30% dalam prestasi multi-teras.

Unit GPU Arm Mali-G78 dalam Exynos 2100 pula menyokong antara muka pemprograman aplikasi (API) Vulkan dan OpenCL terbaru untuk meningkatkan prestasi grafik sehingga 40%. Cipset ini juga dilengkapi teknologi multi-IP governor (AMIGO) untuk menguruskan penggunaan tenaga di antara CPU, GPU dan pemproses lain dengan lebih cekap.

Daripada segi fotografi, pemproses isyarat imej (ISP) Exynos 2100 mampu menyokong resolusi kamera sehingga 200MP, enam kamera berasingan dan boleh memproses data daripada empat kamera secara serentak untuk gambar yang cantik. Dengan pemprosesan multi-kamera dan bingkai (MCFP), Samsung mengatakan ini boleh meningkatkan prestasi zum, kualiti gambar ultra-lebar dan banyak lagi.

Modem 5G Exynos 2100 menyokong gelombang 5G sub-6GHz serta spektrum mmWave daripada 2G GSM/CDMA, 3G WCDMA dan 4G LTE. Kelajuan muat turun tertinggi yang disokong adalah 5.1Gbps dalam sub-6GHz dan 7.32Gbps dalam mmWave.

Exynos 2100 kini sedang dalam fasa pengilangan secara besar-besaran. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version