Site icon TechNave BM

Cipset Samsung Exynos yang dibuat bersama AMD dilaporkan lebih pantas berbanding Apple A14 Bionic

Samsung sebelum ini dilaporkan akan menghasilkan cipset telefon pintar Exynos yang dibina bersama Advanced Micro Devices (AMD) untuk prestasi grafik yang lebih pantas. Kini, sebuah ujian penanda aras (benchmark) yang telah tertiris menunjukkan cipset Exynos tersebut lebih pantas berbanding cipset Apple A14 Bionic yang terdapat dalam iPhone 12.

Dalam ujian penanda aras GFXBench, cipset Exynos itu menunjukkan prestasi grafik 3D yang lebih pantas sehingga hampir dua kali ganda berbanding A14 Bionic. Keputusan penanda aras itu dikongsi oleh komuniti dalam laman web dari Korea Selatan bernama Clien.

Jenis ujian GFXBenchKadar FPS ExynosKadar FPS A14 Bionic
Manhattan181.8146.4
Aztec Ruins (Normal)138.2579.8
Aztec Ruins (High)5830.5

Walau bagaimanapun, hasil penanda aras ini mungkin menunjukkan prestasi cipset sewaktu ia dibekalkan dengan tenaga elektrik yang lebih tinggi daripada telefon pintar yang biasa, oleh itu kita perlu menunggu lebih banyak ujian penanda aras daripada pihak ketiga.

Cipset Exynos yang dihasilkan bersama AMD mungkin akan dilancar pada separuh kedua 2021. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: ITHome

Exit mobile version