Site icon TechNave BM

Cipset Snapdragon 898 mungkin dilengkapi teras X2 Super Core pada 3.09GHz!

Tidak lama yang lalu, Qualcomm telah melancarkan cipset Snapdragon 888 Plus iaitu versi ‘overclocked‘ dari cipset Snapdragon 888. Kini, butiran mengenai cipset generasi baharu pula telah muncul dalam talian.

Cipset baru ini dikhabarkan akan hadir dengan nama Snapdragon 898 dan ia dilihat menggunakan teras X2 Super core pada frekuensi setinggi 3.09GHz.

Mengikut sumber lalu, cipset baru ini mampu untuk menghasilkan markah teras tunggal setinggi 1250 dan teras pelbagai pada 4000 di penanda aras Geekbench. Ini sememangnya mempunyai prestasi yang jauh lebih hebat berbanding cipset masa kini.

Buat masa kini, tiada lagi markah untuk penanda aras AnTuTu, namun ianya tidak mustahil akan mendapat markah setinggi 1 juta buat kali yang pertama.

Apa pun, sehingga kini tiada lagi berita rasmi mengenai cipset baru ini. Nantikan berita lanjut mengenai cipset Snapdragon 898 di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version