Site icon TechNave BM

Cipset terbaru Qualcomm: Snapdragon 720G, 662 dan 460

Cipset Snapdragon daripada Qualcomm sememangnya menjadi kegemaran pengguna teknologi yang peka akan prestasi cipset. Atas permintaan ramai, Qualcomm mengeluarkan tiga cipset Snapdragon terbaru yang terdiri daripada SD 720G, SD 662 dan SD 460. Ketiga-tiga cipset ini menyokong rangkaian 4G.

Kedar Kondap, Naib Presiden Qualcomm berkata bahawa perluasan barisan cipset 4G ini membenarkan rakan kerjasama mereka menawarkan solusi untuk menangani permintaan global. Selain itu, hal ini juga membenarkan pengalaman gaming memuaskan melalui pelbagai variasi harga dan tahap peranti.

Snapdragon 720G hadir dengan ciri Qualcomm Snapdragon Elite Gaming. Ciri ini memaparkan permainan game HDR, warna dinamik, realistik dan imersif bersama bunyi berkualiti melalui Qualcomm aptX Adaptive.

Snapdragon 662 pula membawa kebolehan AI dan kamera sekaligus. Kebolehan ini merupakan kebolehan kali pertama dalam cipset siri-6 Snapdragon. Tidak cukup dengan itu, Snapdragon 460 mempertingkatkan sambungan, prestasi kamera dan teknologi AI.

Anda boleh menantikan telefon pintar dikuasai SD 720G pada suku pertama tahun ini. Untuk SD 662 dan SD 460 pula dijangkakan menguasai beberapa peranti pada hujung tahun ini. Untuk jangkaan prestasi dan maklumat lanjut cipset berikut, anda boleh ke laman web rasmi Qualcomm.

Adakah anda berpuas hati dengan berita daripada Qualcomm ini? Beritahu kami di laman Facebook dan nantikan berita teknologi terkini melalui Rakan Teknologi Utama Malaysia.

Sumber: Qualcomm

Exit mobile version