Site icon TechNave BM

Ciri ‘Find My Device’ Google sedang ditambah baik, boleh jejaki peranti walaupun dimatikan

Google dilaporkan sedang berusaha untuk menambah baik ciri ‘Cari Peranti Saya’ (Find My Device) pada peranti Android. Seperti ciri penjejak lain, ciri ini membolehkan pengguna menjejaki peranti mereka walaupun ia dimatikan.

Didedahkan oleh pemberi maklumat Kuba Wojciechowski melalui 91mobiles, ciri ini serupa dengan fungsi Apple melaksanakan ‘Cari Saya’ (Find Me) pada produk mereka. Menurut Kuba, ciri itu akan dipanggil ‘Pixel Power-off Finder’ pada peranti Pixel Google.

Untuk mencapai matlamat ini, Google disebut-sebut akan berusaha membina rangkaian besar untuk semua peranti Android dan tag pencari seperti Apple AirTags. Google juga telah dikhabarkan akan mengeluarkan produk serupa seperti yang terakhir.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: 91Mobiles

Exit mobile version