Site icon TechNave BM

Ciri Find My tersedia untuk AirPods Pro dan AirPods Max

Kemas kini baharu bagi perisian AirPods Apple (generasi ke-2), AirPods Pro, AirPods Max dan tiga produk Beats: Solo Pro, Powerbeats 4 dan Powerbeats Pro kini dilancarkan. Kemas kini baharu ini hadir dengan ciri “Find My” untuk AirPods Pro dan AirPods Max.

Ini bermaksud fungsi yang terdapat pada AirTags kini digunakan pada AirPods. Salah satu sumber telah mengirimkan sekeping gambar di laman Twitter.

Kemas kini AirPods terbaru ini menggunakan nombor versi 4A400. Ciri terbaru yang ditambah iaitu ‘Find My’ telah memudahkan pengguna AirPods Pro atau AirPods Max untuk mencari peranti mereka sekiranya ditinggalkan atau tidak disambungkan ke peranti hos.

Ini bermaksud jika anda tertinggal AirPods anda di kafe, anda akan dapat melihatnya di peta tempat peranti tersebut ditinggalkan dalam aplikasi Find My. Namun, AirPods Pro hanya menunjukkan Pod yang muncul di aplikasi Find My jika mereka tidak berada di dalam kotak pengecasan.

Pemilik AirPods pro dan Airpods Max boleh menggunakan mod Hilang dalam aplikasi Find My dan meninggalkan mesej atau nombor telefon sekiranya peranti tersebut dijumpai oleh pengguna iPhone yang lain.

Apple telah mengemaskini laman sokongannya untuk menyeneraikan ciri terbaru yang terdapat pada Find My. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan berita ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version